Sebenarnya tekanan yang berlaku atau dialami oleh setiap individu yang bekerja adalah berpunca daripada diri masing-masing.Ini kerana,cara seseorang itu mengendalikan tugasannya akan menentukan situasi kerja yang dialami.Sebagai contoh,individu yang suka menangguhkan kerja akan mengalami tekanan yang berat untuk menyiapkan kerjanya apabila masa yang ada semakin suntuk.
Tekanan ketika bekerja ini merupakan satu gangguan yang sangat mempengaruh kualiti kita sebagai pekerja,mahupun kualiti kerja kita.Maka,sudah menjadi kewajipan kita untuk mengendalikan semua tekanan kerja keatas diri kita.
Berikut adalah cara-cara untuk mengurangkan tekanan ketika:
1) Lakukan kegiatan luar seperti bersukan
Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.
2) Amal diet dengan disiplin yang kuat
Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat. Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis.
3) Menangis dengan sepuas hati
Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. “Luaran lain hati lain” ada sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu. Sebagai contoh, bila dilihat bersama rakan-rakan tetapi dalam hatinya hanya Allah yang Maha mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja.
4) Hargai kebolehan diri sendiri
Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja. Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria.
Moga-moga dengan beberapa panduan tersebut,kita akan dapat mengurangkan tekanan yang berlaku pada diri kita. :)
No comments:
Post a Comment
Please register to leave a comment on myEXpress BLoG.Thanks!