Jika tanggal 31 ogos disambut dengan begitu semangat oleh segenap lapisan masyarakat,
agak berbeza pula situasi pada 16 September ini.Saya agak hairan bila 16 September berlalu dengan begitu datar.Tidak ada apa yang saya lihat,kecuali la cuti sehari yang berlaku.Satu persoalan bermain di fikiran saya,adakah 16 September..iaitu tarikh pembentukan Malaysia kian dilupakan oleh generasi muda kini?.
Seharusnya langkah-langkah atau aktiviti yang boleh menyerapkan kesedaran atau ingatan tentang hal ini harus dilaksanakan oleh badan-badan yang berkenaan,agar tarikh ini terus diingati sebagai tarikh yang penuh bersejarah oleh golongan generasi muda terutamanya warga Sabah ini.
##sedikit Info:
16 September 1963
*kemasukan Borneo Utara(Sabah) kedalam Persekutuan Malaysia.
*Secara ringkasnya tarikh ini merupakan tarikh terbentuknya Negara Malaysia.
~>Kemasukan Borneo Utara kedalam Pembentukan Negara Malaysia adalah berdasarkan kepada 20 Perkara.
Sampai di sini sahaja tulisanku ini.Moga-moga kita akan terus kukuh besama-sama dalam satu negara yang dicintai.
"SABAH MAJU JAYA"
Wednesday, September 16, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)