Tuesday, April 28, 2009

tips Menjadi Sahabat Yang Baik

Semua orang pastinya mempunyai sahabat masing-masing!.
Jika difikirkan, persahabatan adalah sesuatu perkara
yang tidak boleh dipisahkan daripada kehidupan seseorang.
Menyedari hal itu,pastinya sahabat adalah merupakan
individu yang paling penting kepada semua orang!Untuk
itu,kita hendaklah memimpin diri kita untuk menjadi sahabat
yang baik agar dihargai dan disayangi oleh sahabat kita.
Maka,berikutnya adalah 10 tips untuk menjadi sahabat yang baik...


1. Fikirkanlah apa yang dapat kamu berikan kepada sahabatmu bukan apa yang dapat kamu peroleh dari persahabatan. Jangan bersahabat hanya demi memperoleh kesenangan, kerana jika demikian, kamu bukanlah sahabat sejati. Hargailah sahabatmu seperti kamu ingin dihargai

2. Berilah sokongan kepada sahabatmu. Sahabat sejati selalu saling menyemarakkan semangat dan 'mendorong' supaya mereka bersama-sama dapat menjadi yang terbaik bukannya saling menjatuhkan. Ia turut berbahagia ketika sahabatnya berhasil mencapai apa yang diinginkannya dan tidak menyimpan perasaan hasad dengki.

3. Bersedia untuk memaafkan.Jangan biarkan 'luka' berkembang menjadi dendam karena hal ini akan menghancurkan persahabatan yang ada. Maafkan kesalahan yang dibuat oleh sahabatmu dan jangan biarkan dendam itu merosakkan hubungan persahabatan kamu.

4. Jangan memandang kesalahan yang dibuatnya. Ini adalah suatu cara untuk menunjukkan betapa mengambil berat terhadap dia. Jangan tinggalkan sahabatmu disaat dia berbuat kesalahan. Bersabarlah dan pimpinlah dia untuk insaf dan berubah. Sedarilah bahwa tidak ada orang yang sempurna.

5. Jadilah sahabat yang dapat dipercayai dan tepatilah janji yang telah kamu ucapkan.

6. Jangan mencuba untuk mengongkong sahabatmu. Bersahabat bukan bererti harus selalu bersama-sama. Memang akan sangat menyenangkan bila dapat selalu bersama dengan orang yang kita kasihi. Namun harus diingat bahawa, sahabat kit itu bukan kepunyaan kita sendiri kerana ia juga mempunyai teman lain selain kita. Untuk itu, jangan merasa dikhianati ketika temanmu bergaul dengan yang lain, sebaliknya usahakan kamu juga dapat berteman dengan mereka. Hal ini akan membuat kita dan sahabat kita lebih menghargai satu sama lain.

7. Selalu ada disaat senang maupun susah.Bergembiralah bersama mereka saat mereka sedang bergembira namun jangan ada hanya pada saat senang saja.Ketika sahabatmu sedang berhadapan sengan permasalahan, berikan mereka perhatian. Yang paling diperlukan dari seorang sahabat adalah sepasang telinga yang bersedia mendengar dan mahu memahami perasaan mereka.

8. Menerima sahabatmu seadanya. Jangan meminta sahabat kita untuk menjadi seseorang seperti yang kita ingini. Hargailah dia seadanya termasuklah keputusan yang diambilnya yang mungkin tidak sesuai dengan kehendak kita.

9.Sentiasa bersikap jujur dan amanah dengan sahabat mu. Belajarlah juga untuk menjaga rahsia sahabatmu.

10. Jangan biarkan perbezaan pendapat menghancurkan persahabatanmu. Jika berlaku percanggahan pendapat,bersedialah untuk menerimanya.Jangan sekali-kali meletakkan diri anda pada pihak yang menang melainkan anda telah memastikan kebenaran pendapat anda itu.Lebih baik lagi jika situasi Menang-Menang diamalkan.
Sumber : pman.ubaya.ac.id

No comments:

Post a Comment

Please register to leave a comment on myEXpress BLoG.Thanks!